Saturday, 6 July 2013

lagu yang telah ku reka !

TANPA AKU 

Senyumanmu membuatku ceria,
dikala hidupku sepi sendiri,
mengapa aku yang telah engkau pilih,
sedangkan engkau tahu ku dah ada cinta..

*Pergilah sayang jauh dari hidupku,
sebelum aku membuat kau terluka lagi,
jangan tangiskan perpisahan ini,
kerana ku tak mampu ubati lukamu.

Engkaulah insan terbaik,
yang menemani ku saat ku sendiri,
moga ini menjadi pengubat hatimu,
laguku ubah kan hanya untukmu...

oohhh sayangku...
bahagialah engkau tanpa aku,
aku kan selalu mengingati dirimu,
didalam jaga mahupun lena...

ulang *




SETIA KEHUJUNGNYA

Setelah cintaku berikan kepadamu,
dirimu datang bagai pelangi selepas hujan,
ku percaya ada cinta,
diantara kita...

kuingin kita terus kekal selamanya,
menghadapi segala cubaan melanda,
agar kita terus bersama,
setia kehujungnya..

Engkau lah penyuluh dalam hatiku,
kau lah penyeri dalam hidupku,
tanpamu aku hilang arah tujuanku.
Marilah bersama semaikan cinta,
bersama membina mahligai indah
tuk bahagia hingga ke akhirnya



SELAMANYA!

Kau kucup di pipiku,
buat yang terakhir untukku,
tapi ku tidak berharap begitu.

Aku inginkan kamu,
selalu ada dimataku,
bukanlah perpisahan menjadi penyudahnya..

Biarlah..aku pergi selamanya,
dariku harus melihat kau pergi.
jangan lah kau tangiskan
aku disini sendiri..

walaupun kita tidak pernah tuk berkata tentang cinta,
namun itu yang ku rasa
jika kita selalu ada bersama
hanya kau dan aku
menjadi sebuah cerita cinta terindah.

Biarlah.. aku pergi selamanya
Dariku harus melihat kau pergi..
relakan aku pergi..
kerna ku tak mampu tanpamu.

No comments:

Post a Comment